Sunday, August 31, 2008

Ramadhan


Setelah setahun Ramadhan yang lalu pergi
Ramadhan kini menjelang lagi
ingin ku seru pada diri ini
dan cuba berjanji dengan diri
agar tidak melepaskan Ramadhan ini

kern aku tahu Ramadhan
bulan seribu erti
tidak terkira hebatnya Rahmah Ilahi
yang dijanjikan Dia
pada siapa yang memperbanyakkan
ibadat kerna Dia

Ku berdoa agar diri ini
tidak akan rugi dan lupa
bahawa aku akan cuba sedaya upaya
aku menjadikan Ramadhan ini
penuh erti dan bermakna
untuk diriku
kerna bulan ini mulia

wahai semua rakan taulanku
kuberdoa jua agar kamu semua
tidak terlepas Ramadhan ini
agar kita semua dapat bersama-sama
mengerjakan ibadah sebaik mungkin

ayuh marilah bersama kita meraikan
Ramadhan ini, bulan suci kita
penuh barakah dan Rahmah

wahai rakan ayuh,
bersama kita berpuasa, bertilawah,
berzikir, bersolat tahajud, hajat dan taubat
serta marilah kita berjaga malam

moga Tuhan berikan kita kekuatan..Amin
bersama-sama kita jayakan Ramadhan kini
kerna kita tidak pasti
adakah Ramadhan kan datang lagi

Salam Ramadhan...

Laksam

Wednesday, August 27, 2008

Tetamu Senja



Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja

Bila cukup detik kembalilah

Kita kepadanya

Kita datang ini kosong tangan dada

Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala



Pada tetamu yang datang dan

Kenal jalan pulang

Bawalah bakti mesra kepada

Tuhan kepada Insan

Pada tetamu yang datang

Dan lupa jalan pulang

Usahlah derhaka pula

Pada Tuhan kepada insan



Bila kita lihat manusia lupa tempat

Atau segera sesat puja darjat

Puja pangkat

Segera kita insaf kita ini punya kiblat

Segera kita ingat kita ini punya tekad



Bila kita lihat manusia terbiar larat

Hingga mesti merempat ke laut biru

Ke kuning darat

Harus kita lekas sedar penuh pada tugas

Harus kita tegas sembah

Seluruh rasa belas



Kita datang ini satu roh satu jasad

Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

Kita datang ini satu roh satu jasad

Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat


~ A. Samad Said

Tuesday, August 19, 2008

Yang Lain...

Aku mungkin rasa
aku berhak untuk dapat semua
apa yang aku inginkan
kerna aku sebegitu yakin
dengan diriku
untuk mendapat apa yang dikejar
tanpa aku mengira
siapa Yang Lain di lingkungan kehidupanku

ini jua kerna aku rasakan
aku senantiasa berjaya sejak ku kecil lagi
apa yang diidamkan
dapat kukejar jika aku berusaha
ini membuat aku tidak peduli ngan Yang Lain

mungkin aku sudah sebegitu angkuh
dan berasa megah dengan diri
dengan pujian orang ramai
sehingga aku rasa aku istimewa
Yang Lain dari yang biasa...

Ibarat diriku seperti Helang
yang terbang sebegitu tinggi
kutuju mana yang kumahu...sendiri

Mungkinkah aku mampu jadi
seperti Sang Bangau
terbang sekawan, sakit satu kan ditunggu
hingga pulih untuk terbang semula
ngan Yang Lain

Laksam

Monday, August 18, 2008

Perjalanan

Perjalanan itu…
Sungguh jauh…
Sungguh penat…
Sungguh mengelirukan…

Perjalanan itu…
Sungguh cerah…
Sungguh gelap…
Sungguh indah…

Perjalanan itu…
Sungguh mesra…
Sungguh ceria…
Sungguh bermakna…

N.M.A

Thursday, August 14, 2008

Bersihnya Jiwa

Rasul berkata setelah tamat dari satu perang
yang tidak daku ingat perang apa
bahwa kita tamat dan selesai dari satu Jihad
menuju Jihad yang lebih besar dan utama...
maka para sahabah pun lantas bertanya
apakah ia Ya Rasulullah?
iaitu melawan diri sendiri; Nafsu

Sesungguhnya manusia itu
sama ada menuruti nafsu atau pun
menggunakan akal pikirannya
dengan menuruti hatinya yang suci
ketiga-tiga ini sebegitu
memainkan peranan yang kritikal
dalam jiwa dan diri manusia ini
Pilihlah kita Mutmainnah, Ammarah atau Lawwamah

diberitakan bahawa dalam diri manusia ini
ada dua daging yang jika keduanya baik
baiklah semuanya dan begitu jua sebaliknya
iaitu Hati dan Lidah

punyai Hati yang bersih bukan mudah
begitu jua untuk punyai Lidah yang suci
adalah baik punyai Hati yang ikhlas
dan jua Lidah yang berkata baik
atau jika tidak mampu bersihkanlah hati
dengan mengingatiNya
atau dengan senyap dari bicara sia2

Banyakkanlah kita bermuhasabah
memikirkan apa dalam jiwa kita
perilaku dan perbuatan kita

Bersihnya jiwa bersihlah anggota kita
Islam dalam maka luaran akan mencerminkannya...

Laksam

Tuesday, August 12, 2008

Panggilan

Panggilan
setiap kali nama kita disahut
akan segera kita menoleh
siapa yang memanggilku itu
ke kanan ke kiri
akan kita mencari secepat mungkin
siapa si dia yang memanggil...

Panggilan
pabila rumah kita locengnya berbunyi
ataupun sahutan salam
kedengaran di pintu rumah
akan berkejar kita
menyambut tetamu yang
mungkin atau tidak diundang
tapi kita bukakan pintu dan
segera menyahutnya...

Panggilan
berderingnya telefon bimbit
macam2 bunyinya la nie
akan segera kita mencari
mana phone bimbitku nie
menjawab kita siapa yang memanggil
apatah lagi kekasih hati
berkejar kita...

semuanya kita SEGERA
menyahut dan menjawabnya
tidak ingin kita terlewat
maupun sedetik sahaja

Bagaimana ngan Panggilan AZAN...?
BerSEGERAkah kita menyahutnya...
Moga Tuhan berikan kita kekuatan...Amin

Laksam

Sunday, August 10, 2008

Bersih

Bersih
apa ertinya kepada kita
adakah ianya berkaitan dengan kesucian
sejauh mana kita mengambil berat
akan keadaan kita mengenai kebersihan
sama ada diri, pakaian, rumah, tempat kerja
dan juga di sekeliling kita

topik ini telah lama bermain di benak fikiran
kita diajar untuk senantiasa menjaga kebersihan
mulakan diri dengan menggosok gigi dan mandi
agar sihat tubuh badan
memakai pakaian yang bersih dan cantik
di sekolah diajar jangan membuang sampah merata-rata
dan juga terpampang di merata tempat

tapi apa sudah jadi dengan pengajaran ini
bolehkah dikatakan manusia ini tidak bersivik
membuang sampah tidak mengenal tempat
padanya apa aku peduli
akan ada yang dibayar gaji
untuk membuangkannya
jika tidak buat apa digaji orang sebegini
biarkan mereka ada kerja untuk dilakukan

lupakah kita bahawa yang
Kebersihan itu juga Separuh Dari Iman
manakan tidak kita dianjurkan berwuduk
sebelum menyembah Yang Maha Esa
tanpa wuduk tiadalah solat
begitulah pentingnya kebersihan itu

bahkan dalam kebanyakan kitab
dimulakan dengan thoharoh (bersuci)
jenis air, kekotoran, berwuduk, mandi, tayammum
kemudian barulah diajar mengenai ibadat
sungguh indah Islam itu

ini baru dari segi jasmani...


LAKSAM

Thursday, August 7, 2008

Melayu


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka"

Oleh : Usman Awang

Tuesday, August 5, 2008

Ilmu dan Amal

Ilmu dan Amal
kedua-duanya ibarat aur ngan tebing
tanpa salah satu
apalah ertinya yang satu lagi

Tanpa Ilmu
manusia itu akan sesat dalam kejahilan
ibarat tiada suluh cahaya dalam kegelapan

Amalan tanpa ilmu
jatuhlah ia berguru dengan syaitan
mengarut ntah apa
membawa kesesatan
tanpa kedua-duanya pula kosonglah jiwa

Berilmu... perlulah diamalkan
ibarat kata saudagar arab
jika tidak ibarat pohon yang tidak berbuah
maka perlulah kita keduanya
ketahuilah
Amal seorang Alim
adalah seribu kali lebih baik dari
Amal seorang Abid...
LAKSAM

Monday, August 4, 2008

Hutang

Hutang
banyak yang perlu aku jelaskan
aku terhutang budi tak terkira
setiap waktu hinggaku tak perasan
mengapa aku ini tidak menjaga hutang2 ini
aku lalai dan leka

Hutang
pada manusia yang telah banyak budinya
pada ibubapaku
pada guruku
pada saudaraku
pada jiranku
pada sahabatku
pada insan lain yang mungkin aku tak perasan

ini semua yang mungkin aku agak jelas
tapi aku tak begitu endahkannya kadang-kala
tapi

Hutang
aku pada Ilahi;
setiap nafasku
setiap anggotaku - pancainderaku
setiap rezkiku
setiap masaku - ketika mudaku, sihatku, lapangku
setiap hartaku
setiap ilmuku
dan kehidupanku
semua ini terlalu berharga
dan tak ternilai...

adakah aku menjaganya
kerna aku ini hanya pinjaman
aku perlu pulangkannya semula
dengan sebaik-baik seperti sediakala

adakah aku boleh berbuat demikian
mampukah aku menjaganya sebaik mungkin?
mampukah aku bayar Hutang ini?

LAKSAM



Bunga itu...

Bunga itu….
Sering kelihatan…
Di mata?...
Di hati.?...

Bunga itu...
Selalu berkembang...
Di taman?....
Di laman?...

Bunga itu...
Sering memandang...
Di jiwa?...
Di hati?...

Bunga itu....
Siapa?....
Siapakah gerangan bunga itu....

Bunga itu....

NMA

Saturday, August 2, 2008

Munajatku


Tuhan
kami pohon kepadaMu
moga ditunjukkan jalan
jalan penyelesaian
atas segala dugaan
dugaan yang tidak terbatas
yang amat payah untuk dilalui
tanpaMu menunjukkan jalan
tidak kami dapat melihat
ibarat sang buta kehilangan tongkatnya

Tuhan
kami pohon kepadaMu
agar ditempatkan kami
bersama-sama orang yang berjaya
kerna kami tidak sanggup
untuk melihat diri kami yang kecil ini
terumbang-ambing di persada hidup ini
seperti kapal tanpa nakhoda

Tuhan
kepadaMu kami memohon
tidak tempat lain untuk dituju
cukuplah Engkau sahaja bagiku
hambuMu yang ingin bermunajat
memohon sesuatu
kejayaan dunia dan akhirat

Tuhan
moga kami menjadi hambaMu
yang soleh dan bertaqwa
tiada Tuhan melainkanMu

LAKSAM

Sahabat Sejati........

Sahabat Sejati adalah definisi yang terlalu berat dan hebat
" Dua Insan yang bertemu dan berpisah hanyasanya kerana Allah. "
Sahabat yang datang pada kita kerana Allah,
Tanpa apa-apa tersurat mahupun…
tersirat di hati yang tidak terungkap.
Segalanya kerana Allah…
Menziarahi kita hanya kerana benar-benar
merindui seorang sahabat...
bukan untuk tujuan yang lain.
Indah bukan???
Terlalu ideakah untuk mendapatkan seseorang yang bergelar sahabat Sejati
di penghujung dunia ini???
Mungkinkah???... Entah.

Bak kata Hadis Nabi ….

"Sebaik-baik sahabat adalah apabila dia mengingati Allah, dia akan
menolong kamu, dan apabila kamu lupa dia akan mengingatkan kamu "
" Seseorang atas agama kawannyanya, maka lihatlah kepada siapa dia
berkawan "

Lufiays_irezas

Friday, August 1, 2008

Confession II

To have
Not to hold
So hot
Yet so cold
My heart is in your hand
And yet you never stand
Close enough for me to have my way

To love
Not to keep
To laugh
Not to weep
Your eyes, they go right through
And yet you never do anything
To make me want to stay

NMA