Friday, October 31, 2008

Peninggalan

Sang rimau mati meninggalkan belangnya
manusia mati meninggalkan namanya...

memang ada mungkin benarnya pepatah orang tua
lihatlah sejarah yang telah membuktikan
bukan di Tanah Melayu ini sahaja
bahkan di melata bumi indah ini
antaranya

Iskandar Zulkarnain,
pemilik eropah hingga ke benua asia;
Socrates,
ahli fikir di zaman Greek;
Ghandi, Abraham Lincoln, Mandela,
negarawan terbilang;
dan yang teragung dan teristimewa,
Muhammad Rasulullah

yang membawa Nur kepada sekian manusia.

hingga ke hari ini nama mereka
tak lupa dari bisikan manusia
kerna jasa mereka yang terukir
di rantaian zaman berzaman

mereka tinggalkan kesan pada hati manusia
yang mampu diturunkan kepada warisan
tanpa mereka dikenali orang seusia
walau beribu tahun lamanya

mereka tidak diminta untuk diingati
tapi itu ikhlas dari hati
untuk menabur jasa dan bakti
kepada manusia sejagat di sekeliling mereka
tanpa dipedulikan kesusahan dan kepayahan dan keperitan
yang berliku
ditempohi biar diri disakiti

itulah mereka Insan Mulia
jiwa mereka sungguh bersih dan murni
kelak warisan insan menikmati
begitu indahnya bumi Tuhan ini...

Terima kasih mampu diucapkan
jika kita jua terus berjuang untuk apa yang mereka perjuangkan...

LAKSAM

Thursday, October 16, 2008

Doa Ketika Susah Mencari Pekerjaan


"Ya Allah, berilah aku keredhaan atas keputusanMu, berkatilah aku pada yang telah diputuskan hingga tidaklah aku ingin mendahulukan yang telah Engkau lambatkan dan tidak pula melambatkan apa yang telah Engkau cepatkan"

Friday, October 10, 2008

Bintang Di Bumi


Engkau bersendirian
walau di sekeliling kesayangan
tidak mereka ketahuan
apa yang engkau hendakkan
kerna engkau bukan seorang yang biasa

Sampai masa engkau memegang kitab
dan mata pena
Menuju keramaian
bergembira yang lain
bermain warna dan bercontengan
namun engkau keseorangan lagi

tiba masa engkau diuji
takat mana kekuatan
gagal kesudahannya engkau
membuktikan engkau yang paling menyedihkan
yang tersayang mengenepikan
kerna bukan menjadi harapan

Tidak dapat engkau difahami
atau kerna engkau lain
adakah engkau seorang yang istimewa
perlukan perhatian yang tersayang
wahai si kecil
jangan engkau berhati punah
dek kerna tiadanya pengharapan
engkau mampu membawa sinar
yang tidak mungkin dipancarkan
oleh yang sedia ada
engkau sesungguhnya adalah
yang teristimewa

engkau mampu mencorakkan
apa yang di hadapanmu
tiada apa yang mampu menghalang
walau seganas ombak di lautan
mahupun cabaran setinggi gunung

langkahlah dengan keyakinan
engkau bukan yang lemah
tapi engkau punyai kekuatan
yang tidak ada pada yang lain

pasti engkau akan membawa
sesuatu yang sungguh indah
kepada yang lain di tanah ini
pastinya sinar yang engkau berikan
mampu membawa kegembiraan
kepada semua yang tersayang

kerna engkaulah
BINTANG DI BUMI


LAKSAM