Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya



Selamat Hari Raya buat semua Ahli KerangLangkam,
moga Ramadhan yang pergi membawa bekalan kita untuk bulan2 yang bakal menjelma,
moga Syawal nan tiba memperbanyakan kesyukuran kita kepada Yang Satu...

Maaf Zahir Batin jua kupohon buat semua atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah saya lakukan sama ada secara sengaja ataupun tidak...moga kalian semua berbahgia dan ceria bersama yang tersayang di Hari Lebaran ini...wassalam

Eid Mubarak,

Laksam

Wednesday, September 24, 2008

Penghujung Ramadhan

Kini Ramadhan tiba ke penghujung, ada yang menggelarkannya malam tujuh likur, tersembunyi suatu malam Lailatur Qadar...

Boleh saya katakan hampir semua tahu kelebihannya, kerna telah dididik oleh orang tua kita dan juga dengan ceramah agama yang sering kita dengari...lebih baik dari seribu bulan...

Adakah setelah sekian lama kita dengari perkara ini, ia benar-benar ingin kita kejari, ingin kita dapat, ingin kita rasai dan lalui, cukup sekadar kita dapat berdoa...bersolat dua rakaat...

Mari sahabat, kawan, rakan dan taulan, kita cuba cari malam ini, kerna kita tidak tahu samada kita berjumpa lagi Ramadhan akan datang...

Memohon keampunan untuk diri kita, memohon keampunan untuk keluarga kita, memohon ampun untuk semua muslimin dan muslimat...

Kita usahakan...

LAKSAM

Saturday, September 20, 2008

Anak Kecil Dan Seketul Batu

Seorang ekskutif muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil di celah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut, anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi ekskutif muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi."jerit ekskutif tersebut. Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf.

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya, ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya".

Dengan rasa terharu, ekskutif muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. "Terima kasih, pakcik, saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat".

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, ekskutif muda hanya melihat dengan sayu, anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Ekskutif muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian.

Pengajaran Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

shared by msry_bee05

Wednesday, September 17, 2008

I've learned....


I've learned....
That the best classroom in the world is at the feet of an elderly person.

I've learned....
That when you're in love, it shows.


I've learned....
That being kind is more important than being right.


I've learned....
That I can always pray for someone when I don't have the strength to help
him in some other way.


I've learned....
That sometimes all a person needs is a hand to hold and a heart to
understand.


I've learned....
That life is like a roll of toilet paper. The closer it gets to the end,
the faster it goes.


I've learned....
That money doesn't buy class.


I've learned....
That it's those small daily happenings that make life so spectacular.


I've learned...
That under everyone's hard shell is someone who wants to be appreciated
and loved.


I 've learned....
That when you plan to get even with someone, you are only letting that
person continue to hurt you.


I've learned....
That no one is perfect until you fall in love with them.


I've learned...
That life is tough, but I'm tougher.


I've learned....
That the less time I have to work with, the more things I get done.



N.M.A.

Tuesday, September 16, 2008

Ayah dan Anak


Ingin saya petik sebuah cerita
di mana suatu hari Ayahanda Imam Abu Hanifa
ditanya oleh seorang rakan
kerna dek terlihat oleh beliau
akan akhlaq Imam Abu Hanifa
yang sebegitu baik rupa

Wahai Ayah Abu Hanifa
bagaimana engkau didik akan anakmu
sehingga sekian rupa akhlaq dan ilmunya

Ayah Abu Hanifa berkata
bahawa Abu Hanifa telah dididik
bukan sejak beliau lahir
akan tapi 40 tahun sebelum beliau lahir
telah dididik sedemikian rupa

dari pemahaman saya
dari kisah ini
maknanya untuk mendidik anak
dahulukan diri dulu supaya terdidik
agar diri menjadi insan yang baik
yang kemudiannya
apa dikatakan oleh orang tua kita
kemana tumpahnya kuah
kalau tak ke nasi jua akhirnya

begitulah semua
peel anak akan menurut peel ayahnya
oleh itu, jika kita hendakkan yang terbaik
untuk warisan kita
perlulah kita perbaiki diri kita
yang baik dituruti yang baik
yang cela dituruti yang cela

moga Tuhan tunjukkan kita
menuju jalan yang benar dan lurus
berpandukan Quran dan Sunnah RasulNya...Amin

LAKSAM

Al-Fatihah

Marilah bersama kita hadiahkan kepada anak sahabat kita, Arman dan juga isteri, kedua-duanya adalah warga KPT (biasiswa & JPT) di atas kepulangan anak mereka ke Rahmatullah.

terima kasih

Sunday, September 14, 2008

Ini Bukannya Cinta.. Sayangku..

Ini Bukannya Cinta.. Sayangku..

Sedetik..
Aku tertanya kepada alam..
Apakah cinta..
Apakah sayang..
Apakah budi..
Apakah peribadi..

Sedetik..
Aku tertanya kepada diri..
Apakah rindu..
Apakah tutur kata..
Apakah Bicara...
Apakah perilaku..

Sedetik..
Aku tertanya kepada Pencipta..
Apakah syurga..
Apakah neraka..
Apakah keampunan..
Apakah kemaafan..

Sedetik..
Aku tertanya kepada hati..
Apakah kekasih..
Apakah sahabat..
Apakah teman..
Apakah hanya persaudaraan..

Ini bukannya cinta... sayangku..



N.M.A.

Saturday, September 13, 2008

Emas

Emas
antara tiga yang tidak penah turun
yakni turun nilai dan harganya
ia akan senantiasa meningkat

begitu jua ngan kilauannya
dimana ia dijumpai
nescaya akan bersinar rupanya
begitu jua jikalau
ia dicampakkan ke mana sahaja
ia tetap jua dinamakan Emas

tapi bukan mudah untuk mencari Emas
kerna perlu didulang
perlu diasing-asingkan
antara celah air dan tanah
setelah penat lelah baru dijumpai
itupun hanya serba sedikit sahaja

sudah dikatakan tugas sukar mencari Emas
namun masih lagi ramai yang mencarinya
kerna ingin memiliki
sesuatu yang bernilai dan berharga

begitulah jua Iman itu ibarat Emas
setiap insan mencari dan ingin memilikinya
kerna tiada nilai bagi Iman itu
dengan Iman letaklah dimana sahaja
pasti sinarnya terus menyuluh
di sekeliling, ke seluruh alam...

LAKSAM

Friday, September 5, 2008

Yang Penting Bukan Cawan

Selepas lama tidak bertemu, sekumpulan sahabat berkumpul semula untuk bertanya khabar masing-masing dan bercerita tentang kisah-kisah lama. Selepas itu kumpulan sahabat tersebut berkunjung pula ke rumah guru kesayangan mereka yang kini sudah pun berusia.

Mereka bercerita kepada guru tua itu tentang kehidupan masing-masing, keluarga, rumah, kerjaya dan segala tekanan hidup yang amat membebankan. Walaupun hidup di kota besar dan berjaya dalam karier, kumpulan sahabat itu mengeluh dengan kehidupan yang sedang dilalui.

Mereka tanpa berselindung menceritakan tentang tertekannya dengan karenah anak-anak, rakan sekerja, jiran yang pentingkan diri sendiri, kesesakan lalu lintas, kerugian syarikat, pengurus yang lembab dan gila kuasa, skandal dan pelbagai lagi. Cerita mereka lebih kurang serupa sahaja.

Guru tua hanya tersenyum. Dia berjalan ke dapur, dan kemudian kembali dengan membawa sejag air serta pelbagai bentuk cawan. Ada juga yang diperbuat daripada kaca, ada juga daripada tembikar dan plastik. Cawan-cawan itu ada yang bertangkai, bulat, berukir, berwarna hijau, kuning dan beraneka bentuk lagi.

Guru tua menyuruh bekas-bekas pelajarnya untuk memilih cawan yang disukai. Apabila semuanya mengambil cawan masing-masing yang telah berisi air, guru tua itu pun berkata, "Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal menjadi pilihan kalian, sedangkan yang tidak cantik dan murah ditinggalkan".

"Begitulah hidup ini. Kita hanya memilih yang tercantik menurut pandangan mata, sedangkan itulah yang menjadi punca masalah dan tekanan dalam hidup kita. Apa yang kamu semua perlukan hanyalah air, bukan cawan, tapi secara tidak sedar kamu memilih cawan yang cantik sahaja," kata guru tua.

Si guru menambah, kehidupan ini juga ibarat air sedangkan kerja, wang ringgit serta pangkat umpama cawan yang beraneka bentuk dan warna. Kalau kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak akan ada masa untuk menghargai dan menikmati air itu.

Shared by: msry_bee05