Saturday, September 13, 2008

Emas

Emas
antara tiga yang tidak penah turun
yakni turun nilai dan harganya
ia akan senantiasa meningkat

begitu jua ngan kilauannya
dimana ia dijumpai
nescaya akan bersinar rupanya
begitu jua jikalau
ia dicampakkan ke mana sahaja
ia tetap jua dinamakan Emas

tapi bukan mudah untuk mencari Emas
kerna perlu didulang
perlu diasing-asingkan
antara celah air dan tanah
setelah penat lelah baru dijumpai
itupun hanya serba sedikit sahaja

sudah dikatakan tugas sukar mencari Emas
namun masih lagi ramai yang mencarinya
kerna ingin memiliki
sesuatu yang bernilai dan berharga

begitulah jua Iman itu ibarat Emas
setiap insan mencari dan ingin memilikinya
kerna tiada nilai bagi Iman itu
dengan Iman letaklah dimana sahaja
pasti sinarnya terus menyuluh
di sekeliling, ke seluruh alam...

LAKSAM

1 comment:

Anonymous said...

Yg Penting Kena tau pasal emas ni Bro..'Emas' yg plg bernilai adalah emas Kelantan. Wlupun dikatakan mahal sedikit tp ada kualiti. Nilai nya tinggi n terpelihara keaslianya tanpa digugat oleh mana2bendalir asing yg membuatkan emas itu menepati standard piawaian antarabangsa. satu lagi emas di ktan dijaga dan selalu dipelihara dgn penuh unsur keislaman yg membuat sipemakainya sejuk mata memandang.