Thursday, July 31, 2008

Aku terlupa di kelilingku ini

Sungguh mewah diriku ini
pabila mana aku punyai
hampir pelbagai kebendaaan dunia
diriku ini kukira cukup bahgia
Aku terlupa di kelilingku ini

Tatkala aku punyai kemampuan
untuk memiliki harta bergunung
yang sebegitu banyaknya
Aku terlupa di kelilingku ini

Rumah, Pakaian dan Makanan
asas sebuah kehidupan
aku bukan hanya punyai ketiga ini
tapi aku punyai lebihan darinya
aku empunya kemewahan ini
bukan takat kemewahan yang kecil

Rumahku kira besar
bahkan cukup teguh dari setiap
cuaca panas dan hujan
ditambah pula dengan
hiasan pelbagai harta

Pakaianku pula cantik
berwarna-warni dan lembut fabriknya
dan cukup kemas tenunan
punyai pula kepelbagaian fesyen

Perutku pula kenyang
santapanku sentiasa rakus
dengan pelbagai jenis makanan
hingga tak mungkin kuhabis dibuatnya
sentiasa ku bertanya
apa yang aku inginkan hari ini
bukannya apa yang mungkin ada

Aku terlupa di kelilingku

begitu ramai yang hidup
dalam kesusahan dan kepayahan
tidak cukup dengan asas kehidupan
Mana rumah,
mana pakaian dan
mana makanan

kukira mereka hanya sedikit
tanpa kuketahui
mereka ini di dunia kini
1 bilion hidup dengan tiga ringgit sehari
2 bilion hidup dengan enam ringgit sehari

Aku terlupa di kelilingku ini
kerna aku terlena dalam
kemewahan material duniawi

Mungkin aku seorang yang mementing diri...

LAKSAM

Sunday, July 27, 2008

Ihsan insan

Dunia kini penuh ngan pergolakan
timur, barat, utara dan selatan
tragis sungguh dengan pelbagai kemelutan
apa sudah jadi ngan insan kini

Kenapa ngan manusia hari ini
tiada belas kasihan sesama insan
sudahkah hilang kasih sayang
atau lebih sayangkan diri sendiri
mereka sudah lupakah
yang mereka tidak boleh hidup
tanpa masyarakat di keliling mereka

apa sudah terjadi ngan manusia
mengapa tiada belas ihsan
mereka tidak ingin membantu
sesama mereka lagi
adakah itu bukan perihal mereka
atau mereka yakin
ada yang akan membantu

siapa yang akan bantu
mereka yang hidup susah
lagi dalam kedaifan
anak yatim yang kehilangan
tiada ibu bapa
orang tua yang hidup sendirian
walau anak kaya bagai maharaja
dan ramai lagi di luar sana
merayu agar dapat simpati

siapa yang ingin bantu mereka...?

LAKSAM

Friday, July 25, 2008

KEMBALIKAN RASA ITU…...

Sepi, resah, rindu dan lara
Sesekali menjengah
Bertaut di dada
Bagai mencari arah
Satu penantian yang tak mungkin sudah...

Kini...
Lara datang menyapa
Lantas pergi membawa rasa
Tinggal sebatang kara
Kosong... tanpa jiwa tanpa rasa

Ya Allah...
Padamu kunci segala
Pohonku kembalikan rasa itu...

Insan Biasa

Sayangi Diri

Jgn harapkan insan lain menyayangi kita sekiranya kita sendiri tidak menghargai diri sendiri.....

kata ini saya petik dari komen seorang rakan...menyayangi diri adalah amat penting dan kerana itulah barang siapa yang cuba dan mencabut nyawanya adalah orang yang berada di jalan yang tidak benar; yang mana sebenarnya nyawa itu bukan miliknya - siapa dia yang mengaku nyawa itu milik dirinya, hanya Yang Maha Kuasa empunya segalanya...

kerna itu jua, setiap anggota manusia punyai haq masing-masing...kerna itu jua, kebersihannya, keelokkannya, kesihatannya perlulah dijaga rapi, jangan manusia itu selekeh hingga dipandang tidak molek oleh manusia lain, Rasulullah contoh paling sempurna, bagaimana baginda menjaga keperibadian baginda begitu cantik; adab sopan, adab tidur, adab solat, adab makan dan sebagainya diterangkan dalam salah satu kitab iaitu Syamail Tirmizi...oleh itu, sebagaimana Rasulullah menjaga diri baginda, mengapa tidak pula kita yang mengaku umatnya, tidak mencontohinya...yang memiliki sebaik-baik akhlaq

Kerna itulah jua, mengapa perlu manusia menjaga dan menyayangi diri masing-masing, kerna siapa lagi jikalau bukan diri masing-masing yang akan menjaga sendiri...

LAKSAM

Wednesday, July 23, 2008

Ciptaan Insan

Sungguh indah ciptaan insan...tiada perbandingannya dengan ciptaan tuhan yang lain...insan adalah yang sebaik-baik kejadiannya..kerna itulah insan dipilih untuk menjadi khalifah di muka bumi yang cukup permai ini...patutnya insan semua melahirkan rasa syukur kepadaNya..terima kasih tuhan...tidak perlu pergi jauh insan untuk melihat kejadiannya dengan sekadar melihat apa yang ada di luarannya...

matanya...sudah cukup untuk mempunyai nikmat untuk melihat alam semesta yang cantik ini...tanpa mata mana bisa insan melihat, buta lah dia...manakan dapat untuk insan berjalan mundar-mandir di muka bumi ilahi in...terima kasih

telinganya...mendengar desiran suara-suara yang amat merdu; kicauan burung, percakapan manusia, deruan ombak hingga mampu untuk mengulit mimpi indah..tanpa telinga, manalah dapat untuk dia memahami apa yang ingin disampaikan oleh semua kepadanya...hiduplah insan dalam kekeliruan dan salah faham...terima kasih

mulutnya...bersama-sama lidah, insan mampu berkata2 dan menyanyi menawan hati sesiapa dan apa yang mendengarnya...tiada yang lebih perlu dijaga oleh insan melainkan kata2nya yang mampu menjadi setajam mata pedang..tapi pabila tanpanya, apakan daya untuk meluahkan sesuatu...tak tersampailah dan suka apa yang dihajati...terima kasih

tangan dan kaki insan...membantu dia untuk bergerak dan melakukan sesuatu...berbuat apa yang dikehendaki...berjalan dan berlari, memikul dan menjinjing, apakan daya dia sekiranya tiada kedua2 ini...terima kasih

begitulah hanya sedikit nikmat kepada insan yang disebut-sebutkan...yang tidak mungkin mampu untuk dihitung kesemuanya...nikmat tuhan berupa anugerah tak ternilai harganya...terima kasih dan syukur insan kepada Khalik, Maha Pencipta...

LAKSAM

Puisi

Puisi itu komunikasi
Puisi itu ekspresi
Puisi itu simbolisasi
Puisi itu jiwa
Puisi itu kehidupan
Puisi itu pengendapan
Puisi itu kebebasan
Puisi itu pencerahan
Puisi itu kejujuran
jadi, Puisi itu
tergantung siapa yang memberi makna

Anonymous

Tuesday, July 22, 2008

Pelangi dan Manusia

Hari ini
aku mula penuh dengan warna
pabila datangnya pelangi selepas hujan pagi tadi
ada merah, ada oren, ada kuning, ada hijau
ada biru, ada indigo dan violet

pelangi itu
membawa pelbagai erti kepada manusia
warnanya setiap satu membawa maksud
yang akupun tidak mengerti
tapi aku andaikan sahaja
ada kaitan dengan ragam manusia
ada yang tersenyum, ada yang ketawa, ada yang gembira
ada senyap, ada keliru dan juga yang marah2
dan pelbagai ragam manusia lagi

seperti mana cantiknya pelangi itu
yang menarik perhatian semua
begitu jua dengan manusia

setiap mereka ada sahaja yang berbeza
tiada satu pun yang sama kondisinya
terfikir aku jika semuanya sama sahaja
pasti amat bosan dibuatnya
ibarat robot yang tiada perasaan
yang hanya tahu mengikut seperti diarahkan

begitulah jua kehidupan manusia ini
sungguh indah dengan kepelbagaian
walaupun sukar untuk difahami
setiap satu manusia itu
tapi itulah yang menarik bagiku

walaupun aku mengaji ilmu kemanusiaan
sukar untuk ku tafsirkan setiap
peribadi dan perilaku manusia itu
ku berharap agar mereka ini
semua akan bahgia dengan kehidupan masing2
kerana hidup manusia itu damai dan ceria
seperti pelangi yang cantik itu

LAKSAM

Monday, July 21, 2008

Sepuluh

Doaku
mengapa seringkali kuminta
tidak kesampaian
sudah puas aku meminta
ku bertemu seorang tua
ceritaku kepadanya
aku amat susah hati
disebabkan oleh doaku

Pak Tua itu tersenyum
bagaikan punya jawapan bagi persoalanku
ada sinar bagiku nampaknya
mungkin Pak Tua ini akan membantuku
dalam memberikan nasihatnya
untuk aku meloloskan diri
dari pertanyaan Doaku itu

Ceritanya mengenai Ibrahim Adham
seorang alim suatu masa lalu
ditanya oleh orang kelilingnya
mengapa doa mereka tak dimakbulkan

Berkatalah beliau
Pertama, Kamu mengetahui Allah
Kedua, Kamu membaca Quran
Ketiga, Kamu mengetahui syaitan sebagai musuh
Keempat, Kamu mengaku Umat Muhammad saw
Kelima, Kamu mahukan syurga
Keenam, Kamu tidak mahu neraka
Ketujuh, Kamu percayakan kematian
Kelapan, Kamu sentiasa meneliti aib rakan2
Kesembilan Kamu telah merasai nikmat Allah
dan Sepuluh, Kamu telah menguburkan mayat rakan2

kesemua sepuluh perkara ini menjadi persoalan
kepada orang di sekeliling beliau
mengapa ini ada kaitan dengan doa mereka

Diingatkan oleh Ibrahim Adham
Pertama, Kamu belum tunaikan hak Allah
Kedua, Kamu tidak laksanakan tuntutannya
Ketiga, Kamu masih menuruti syaitan
Keempat, Kamu tidak mengerjakan sunnah Rasulullah
Kelima, Kamu tidak beramal ke arahnya
Keenam, Kamu memasukkan diri ke dalamnya
Ketujuh, Kamu tidak bersiap sedia
Kelapan, Kamu tidak pernah melihat aib sendiri
Kesembilan, Kamu tidak mahu bersyukur
dan Sepuluh, Kamu tidak mengambil pengajarannya

Begitulah jawapannya kepada persoalanku
terima kasihku kepada Pak Tua
perluku lihat semula amal harianku
adakah ada yang kekurangan
akibat kealpaanku ini

Ku berdoa sekali lagi
Moga dikabuli olehMu
kupohon agar aku dapat melaksanakan
Sepuluh yang mungkin aku leka...

"Ulama' dan Penguasa" - Abdul Aziz Ismail

Sunday, July 20, 2008

Doa

Salam utk sahabat yang dikasihi..

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat.... Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu,
Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih Sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ."

Anonymous

Apasal La Aku Malas Sembahyang

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

Thursday, July 17, 2008

Sedar atau Tidak

Sedar atau tidak

aku mungkin tidak pasti

sama ada ibadatku itu

adakah ianya benar atau tidak

seringkali

aku nyatakan

hidup matiku, segala amalku

hanya pada yang Satu

acapkali dilaungkan



tapi adakah aku

sedar atau tidak

Ibadat aku mungkin adalah ADAT

aku hanya ibarat

seorang yang hanya

melakukan perkara rutin

yang menjadi sebahagian

pusingan harian hidupku

dari aku kecil hingga kini



Tuhan

moga aku menjadi

seseorang yang benar2

ingin menjadi hambaMu

moga Engkau tunjukkan jalan

dengan Rahman dan RahimMU

begitu juga ke atas sekalian

saudara dan rakanku jua

moga kami tergolong

dari kalangan yang berjaya



LAKSAM

Wednesday, July 16, 2008

LELAKI ITU...


Lelaki itu...
Lelaki itu...
Lelaki itu...
...dan lelaki itu.

Tajam cengkamannya...
Lisannya ' Kaku '…
Lantas terpaku segala seru
Akur pada setiap detik dan waktu.

Lelaki itu..........
... dan lelaki itu
Megah dirinya
Besi jiwanya
Keras katanya
... Kau kemari... dia ke sana.

Lelaki itu...
... dan lelaki itu
Menjejak puncak jaya
Memijak pada yang alpa
Mengatur arah menjadi juara.

Lelaki itu...
... dan Lelaki itu adalah …….
Siapa Lelaki itu......

Lelaki itu adalah ‘Aku’ yang tak tahu …..
Apa yang aku lakukan pada ‘waktu itu’ …..

Lelaki itu …………………………


By Lufiays_irezas

Anak Kecil

Anak Kecil
Riang mereka berlari ke sana ke mari
tanpa memperdulikan siapa
dan apa yang berada di sekeliling mereka

Anak Kecil
Mereka ketawa
Mereka menjerit
Mereka menangis

Anak Kecil
Apa yang kadang kala kita
orang dewasa tidak pasti
Apa sebenarnya yang mereka fahami

Anak Kecil
mereka dengan dunia mereka
tidak peduli dengan apa terjadi
dengan dunia kini

Anak Kecil
Dunia ini
bagi mereka amat indah
Taman Permainan mereka

Anak Kecil
Moga mereka sentiasa gembira

LAKSAM

Tuesday, July 15, 2008

Masalah & Penyelesaian

Dunia ini penuh dengan pelbagai Masalah
hari-hari kita berdepan dengan pelbagai Masalah
tidak kira Masalah dalaman dan luaran
Masalah akan sentiasa menghantui diri kita
Masalah tidak akan melepasi diri kita
mengapa perlu ada Masalah
bukankah tanpa Masalah kita akan dapat hidup lebih ceria
Masalah hanya akan mengkucar-kacirkan kehidupan ini
alangkah indah hidup tanpa Masalah
aku dan semua pasti berharap dan berdoa dihindari dari semua Masalah
tanpa Masalah aku yakin akan bahgia
jadi perlu kah adalah Masalah
Mengapa, buat apa dan untuk siapa, kepada siapa; Masalah?

Duhai rakan
kita perlu yakin semuanya ada Penyelesaian
tiada perkara di dunia ini tanpa Penyelesaian
Penyelesaian bagaimana, bila tibanya, aduh bilaaa..lamakah?
kita perlu tabah untuk menunggu Penyelesaian
kerna Penyelesaian yang baik memerlukan kesabaran
kita tidak akan dijauhkan dari Penyelesaian
Yakinlah, Penyelesaian pasti akan tiba
ini adalah janji Tuhan kepada hambaNya yang menanti Penyelesaian

Masalah itu wujud di dalam hidup manusia
Namun akan datang dibelakangnya Penyelesaian
Sesungguhnya semua rakan, Ingatlah
Setiap Masalah Ada Penyelesaian

LAKSAM

Sunday, July 13, 2008

Pengalaman Korea

Kini saya telah kembali semula ke Malaysia, setelah hampir lima hari di Korea, negara yang penuh dengan kemajuan dari pelbagai segi: seni, budaya, teknologi dan pemikiran.
Akan saya kenang pengalaman yang telah diperolehi di negara itu, pengalaman yang tersendiri, yang berbeza dengan pengalaman negara lain yang pernah saya lawati sebelum ini.

Beberapa pengalaman dan pengetahuan baru telah saya perolehi, antaranya sebagaimana yang telah saya war-warkan; rakyat Korea, yang amat rajin dan bersunguh-sungguh mereka dalam memajukan negara mereka hingga ke peringkat sekarang...antara negara yang paling banyak mengeluarkan besi, kereta dan juga kapal di dunia.

Itulah aset negara Korea; RAKYAT mereka yang begitu mencintai negara mereka...

Selain itu, apa yang boleh saya katakan adalah mereka amat fokus dengan pekerjaan mereka dan memiliki jiwa yang besar dalam perniagaan, mereka boleh berniaga di satu tempat yang sama dengan barang jualan yang sama...satu persaingan yang sihat bagi pandangan saya...pandangan semua?

Ini memudahkan rakyat mereka untuk menuju ke satu tempat sahaja untuk melihat sesuatu dan membuat perbandingan.

...

Thursday, July 10, 2008

Tiga hari d Korea

Orang Korea

mereka juga dilanda perang suatu ketika

namun selepas Perang Dunia Kedua mereka bangkit

setelah dijajah dan ditakluk oleh jiran mereka

walau Raja mereka tiada

mereka bangun dengan jayanya



Kini mereka antara kuasa ekonomi dunia

pengeluar besi dan kapal terbesar

sehari lima ribu keretanya dieksport

50 tahun dahulu

mereka sama seperti Ghana

namun mereka kini jauh kehadapan



Bagaimana mereka mampu?

apa yang boleh kita ikuti

siapa yang manjadi idola mereka

yang membawa mereka sebegitu pantas

menjadi negara maju



hari ini ku berjumpa

dan mendengar telahan seorang yang berjaya

membawa sebuah institusi Korea

kemata dunia, KAIST

Orang Korea berjaya kerana

mereka sendiri yang berusaha

untuk mencabar dunia

yang pernah menaklukinya



mereka cuba apa yang dilakukan oleh bangsa lain

mereka percaya mereka boleh

lakukan apa yang boleh orang lain lakukan

mereka berani mencabar

dan yakin dengan diri sendiri

Ayuh semua, marilah kita juga berusaha

membawa negara kita sebagaimana

Orang Korea yang berjaya

Kita perlu yakin dan percaya kita berupaya

membawa Malaysia ke tangga kemajuan

Kita juga boleh...Malaysia Boleh

mari kita sahut cabaran ini

moga Tuhan membantu kita semua

Hubbul wathan minal iman

(Mencintai Negara Sebahagian Dari Iman)

LAKSAM

Tuesday, July 8, 2008

Dekatkan Ku

Selama ini
aku hidup penuh dengan pelbagai kemewahan

aku punyai citarasa yang amat tinggi
makananku mewah..lauk paukku bermacam
pakaianku dari kain yang jenisnya lembut dan amat selesa
rumahku luas dan bermacam2 kemudahan
kemana ku pergi bersama kenderaan ku yang laju

begitulah kemewahan yang telah dianugerahkan
yang boleh kukatakan punyai segala kelengkapan
bukan lagi sekadar keperluan tapi lebih dari itu
aku sudah selesa dan senang

tapi itu hanyalah fizikal dan kebendaan
duniawi yang penuh dengan kemuslihatan
memang itu anugerah Ilahi
aku teramat syukur kepadaNya

tapi aku tidak ingin jadi tin kosong
yang luarnya cantik tapi dalamnya kosong
bukan seperti majalah hiburan
yang dalamnya juga tiada apa

Tuhan
berikanlah aku cinta
halwa dan kemanisannya kepadaMu

kupinjam kata2 seorang kekasihMu
munajat Rabiatul Adawiyah
Jika aku mencintai syurgaMu
maka jauhkanlah dariku
Jika aku mencintai nerakaMu
maka dekatkanlah ku
Tapi jika semua ibadatku
kulakukan demiMu
kulakukannya kerna aku mencintaiMu
dan ingin menjadi kekasihMu
maka dekatkanlah aku kepadaMu...wahai Tuhanku

LAKSAM

Dua Hari di Korea

Salam semua...

hari ini dimulakan dengan subuh
jam hampir kul 4 pagi...awalnya..hehe
siangnya panjang yang mana gelapnya tiba
jam 8 malam...best pula

banyak yang kupelajari
budaya korea...?
mereka ini agak unik juga
aku agak selesa dengan layanan
semasa di Yonsei Universiti
mereka amat banyak membantu
menolongku untuk menyelesakan diri

namun aku juga agak tegang
pabila mereka sedikit mengagungkan
mereka yang dari sebalik dunia barat
diutamakan orang barat dari orang timur

mengapa ini...bukankah orang asia
sepatutnya lebih rapat dengan asia dan jiran tangganya
persoalan ini meniti di benak fikiranku
agak aneh perkara ini
akupun bertanya pada petangnya dengan seorang rakan
mengapa ini?

cerita kawanku...
mereka ini telah diselamatkan oleh Amerika rupanya
di suatu ketika semasa perang
dilanda oleh badai negara Jepun
dan dipandang pula sepi oleh gergasi China

begitulah sebabnya mereka lebih mendewakan
orang dari dunia barat
yang dikatakan Penyelamat
sayang seribu kali sayang

tapi itulah dikatakan takdir
yang telah menentukan
bentuk, rupa, budaya dan manusia Korea ini

esok akan kusambung dan kuceritakan lagi...

LAKSAM

Monday, July 7, 2008

Hari Pertamaku d Korea

Salam semua sahabat...

hari ini mungkin berbeza sedikit dari biasa
hari ini aku telah terbang ke negara orang
negara yang mempunyai budaya dan adat yang lain
kita biasa dengan orang Cina tapi ini bukan
mereka bergelar orang Korea

hari ini akan kuceritakan
sedikit pengalaman di hari pertamaku
di negara yang berbukit-bukau
tempat tidurku juga di atas kawasan bukit
mudah untuk kumelihat hampir seluruh bandar Seoul
ibu negara Korea

wahai sahabat
hari ini kunampak di Seoul ini
tidak lah jauh berbeza dengan kotaraya Kuala Lumpur
sama sahaja tidak jauh kita terbelakang

wahai sahabat
hari ini kudapati bandar Seoul ini
mungkin dari segi teknologi dan kerajinan
rakyatnya agak kehadapan sedikit
teknologi mereka maju selangkah dari kita
kerajinan mereka boleh kukatakan berdasarkan
gerak-geri mereka

namun ini baru hari pertamaku
mungkin tidak adil bagiku untuk bercerita
dan juga memberikan pandangan
dengan sedemikian rupa
aku masih perlu pengalaman yang lebih

satu lagi ingin kutambah sebelum ku tutup
bahasa amat penting sahabatku
aku amat payah untuk berkata-kata
mengata itu lebih mudah (sambil diriku tertawa)
mereka bangga dengan bahasa Korea, bahasa mereka

itu kerna bahasa Inggeris
mungkin bahasa nombor satu dunia
tidak digunakan dengan luas disini
aku amat payah dibuatnya
namun ada juga yang boleh, bukan semua
aku juga bertuah kerna punyai rakan
terima kasih rakanku yang telah membantu

akhir kata...aku akan ada pengalaman baru lagi esok hari...
wassalam

LAKSAM

PERJALANAN INI

Sesungguhnya hidup ini
satu perjalanan menuju ke satu destinasi
tempat yang dipuja semua
diimpikan oleh setiap umat manusia
sejak dari manusia yang pertama, Adam

Kini, perjalananku menuju ke satu destinasi
yang tidak pernah kuimpikan
destinasi dunia yang belum pernah kuterokai
Tempat terciptanya sandiwara hidup manusia
Cerita dua negara yang bersaudara tapi bersengketa

Akan ku kabarkan pada semua
apa yang bakal kan kutemu
moga nanti akan menjadi manfaat
dan tauladan kepada hidup kita

LAKSAM

Saturday, July 5, 2008

Confessions

These are my hands, but what can they give me?
These are my eyes, but they cannot see...
These are my arms, but they don't know tenderness...
And I must confess..
That I am usually drawn to sadness...
And loneliness has never been a stranger to me...

These are my lips, but they whisper sorrow...
This is my voice, but it's telling lies...
I know how to laugh, but I don't know happiness...
And I must confess..
Instead of spring, it's always winter...
And my heart has always been a lonely hunter.

N.M.A.


p/s - A new member, tqvm - LAKSAM

Arus Kehidupan

Kehidupan

Ianya penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan

wahai temanku sekalian

walau dek apa jua kemusykilan

jangan dikau tersentak dan jatuh

kerana setiap masalah itu akan pergi jua

namun dikau yang perlu teguh

jangan kau dibawa dengan arus ombak

sekali bah lantas dikau berubah

jangan temanku....jangan

hanya dirimu yang sedia untuk semua itu

persiapan diri perlu mapan, duhai temanku

tak kala dikau bersedia jangan dilupakan

pada yang Satu

kerna Dia sahaja yang Maha Kaya

dan juga teman-temanmu di sekeliling ini

kami sedia disampingmu jua

berkongsi suka duka kehidupan ini

kerna kami temanmu dan kamu teman kami

Kehidupan ini pasti meriah dengan kepelbagaian warna

namun kita juga yang berhak mewarnainya

sama ada penuh Kegembiraan atau Kesedihan...

Kita yang tentukan...bak bahtera yang dikemudi Tuan Nakhoda

LAKSAM

Manusia Hari Ini

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah..
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah..
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa..
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya..
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya ..

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan secara rahsia supaya tidak
seorang pun yang mengetahuinya kerana nasihat yang disampaikan
di hadapan khalayak ramai itu bukanlah teguran atau nasihat melainkan
suatu kecemaran yang memalukan

Semoga menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan
bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia... .

LUFIAYS IREZAS

Thursday, July 3, 2008

Renungkanlah..

Ada Lebih Baik
Kite Membahagiakan
Seorang Insan Yang Disayangi
Semasa HAYATNYA...

Daripada Menyesal
Dan Menitiskan Air Mata
Setelah PEMERGIANNYA...


created by...
- nickobey -

Wednesday, July 2, 2008

Masa

Masa
pabila kita berbicara tentangnya
ia sesuatu yang amat indah
kerana ia tidak akan menanti sesiapa
yang tidak ikut akan arus

kata si penunggang unta, Masa
bak pedang yang terhunus deras
jikalau tidak kita menghunusnya
kita yang akan terguris dan kaku

Wahai saudaraku sekelian
tidak mungkin kita dapat menghitung
masa yang ada pada kita
berapa yang telah kita gunakan
dengan begitu sebaiknya

Akan kita ditanya di sana nanti
Apa yang telah kita manfaatkan
dengan masa muda
dengan masa tua
mampukah kita berikan jawapannya

Kelak hanya mereka yang memegang
masa fajarnya
masa gelincirnya
masa meganya
masa pantulannya
dan di masa gelitanya
akan berjaya
di alam sementara dan fana ini
dan Selamanya nun di sana nanti, yang kekal abadi

Ayuh wahai saudaraku
kita melangkah bersama Masa

LAKSAM

Di KerangLaksam iNi

Di KerangLaksam iNi....
( dedikasi khusus buat semua ahli blogspot KerangLaksam )

Dalam jutaan sesawang maya
Kita terlekat lantas melekat
Di KerangLaksam ini
Bersua tanpa rupa
Bicara tanpa kata
Dengan klik tersebar melata

Di KerangLaksam ini
Dalam dunia tanpa penjuru
Kata dilepas bagai peluru
Ada yang tajam bagai sembilu
Tak kurang yang manis bagaikan madu
Seketika mengeletek memecahkan kalbu
Jadi teman tika merindu

Di KerangLaksam ini
Tanpa rupa tanpa suara
Usik mengusik mengetuk jiwa
Hilang resah jiwa nan lara
Sepi hidup kembali ceria
Moga ukhuwwahkan jadi nyata
Dalam tambatan kasih Dia

Di KerangLaksam ini
Kita bertemu
Tiada tuan tiada tamu
Tanpa engkau tiadalah aku
Kita menyatu menjadi satu
Moga tetap dalm restuMu…

By lufiays_irezas

People Says 2

The shortest distance between a problem its solution is the distance between your knees & the floor. the one who kneels to Allah can stand up to anything!

Anonymous