Sungguh indah ciptaan insan...tiada perbandingannya dengan ciptaan tuhan yang lain...insan adalah yang sebaik-baik kejadiannya..kerna itulah insan dipilih untuk menjadi khalifah di muka bumi yang cukup permai ini...patutnya insan semua melahirkan rasa syukur kepadaNya..terima kasih tuhan...tidak perlu pergi jauh insan untuk melihat kejadiannya dengan sekadar melihat apa yang ada di luarannya...
matanya...sudah cukup untuk mempunyai nikmat untuk melihat alam semesta yang cantik ini...tanpa mata mana bisa insan melihat, buta lah dia...manakan dapat untuk insan berjalan mundar-mandir di muka bumi ilahi in...terima kasih
telinganya...mendengar desiran suara-suara yang amat merdu; kicauan burung, percakapan manusia, deruan ombak hingga mampu untuk mengulit mimpi indah..tanpa telinga, manalah dapat untuk dia memahami apa yang ingin disampaikan oleh semua kepadanya...hiduplah insan dalam kekeliruan dan salah faham...terima kasih
mulutnya...bersama-sama lidah, insan mampu berkata2 dan menyanyi menawan hati sesiapa dan apa yang mendengarnya...tiada yang lebih perlu dijaga oleh insan melainkan kata2nya yang mampu menjadi setajam mata pedang..tapi pabila tanpanya, apakan daya untuk meluahkan sesuatu...tak tersampailah dan suka apa yang dihajati...terima kasih
tangan dan kaki insan...membantu dia untuk bergerak dan melakukan sesuatu...berbuat apa yang dikehendaki...berjalan dan berlari, memikul dan menjinjing, apakan daya dia sekiranya tiada kedua2 ini...terima kasih
begitulah hanya sedikit nikmat kepada insan yang disebut-sebutkan...yang tidak mungkin mampu untuk dihitung kesemuanya...nikmat tuhan berupa anugerah tak ternilai harganya...terima kasih dan syukur insan kepada Khalik, Maha Pencipta...
LAKSAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kita memang insan biasa .. yg tak blh lari dari melakukan kesalahan dan tak boleh lari dari mengharapkan pertolongan.
Kita tak boleh meletakkan diri kita ditempat yg plg istimewa dan juga tak boleh meletakkn diri kita ditempat yg plg rendah.
Yg penting kesederhanaan, kejujuran, pertimbangan akal yg jelas serta bertimbang rasa antara sesama insan.
Jgn harapkan insan lain menyayangi kita sekiranya kita sendiri tidak menghargai diri sendiri.....
Post a Comment