Kini saya telah kembali semula ke Malaysia, setelah hampir lima hari di Korea, negara yang penuh dengan kemajuan dari pelbagai segi: seni, budaya, teknologi dan pemikiran.
Akan saya kenang pengalaman yang telah diperolehi di negara itu, pengalaman yang tersendiri, yang berbeza dengan pengalaman negara lain yang pernah saya lawati sebelum ini.
Beberapa pengalaman dan pengetahuan baru telah saya perolehi, antaranya sebagaimana yang telah saya war-warkan; rakyat Korea, yang amat rajin dan bersunguh-sungguh mereka dalam memajukan negara mereka hingga ke peringkat sekarang...antara negara yang paling banyak mengeluarkan besi, kereta dan juga kapal di dunia.
Itulah aset negara Korea; RAKYAT mereka yang begitu mencintai negara mereka...
Selain itu, apa yang boleh saya katakan adalah mereka amat fokus dengan pekerjaan mereka dan memiliki jiwa yang besar dalam perniagaan, mereka boleh berniaga di satu tempat yang sama dengan barang jualan yang sama...satu persaingan yang sihat bagi pandangan saya...pandangan semua?
Ini memudahkan rakyat mereka untuk menuju ke satu tempat sahaja untuk melihat sesuatu dan membuat perbandingan.
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ada bwk blk gadis korea x laksam???
Ada puteraiman.. 5 org, aku dah nengok dah.. 2 dah hilang tggal 3 je lagi. baik kau mintak cpat2 ngan Laksam. Aku lupa nak amik sorang ... cun wooooo
p/s : Laksam mmg baik hati ngan kwn2.. smoga dia murah rezki, pnjang umur dan cepat kawin he..
Post a Comment