Doaku
mengapa seringkali kuminta
tidak kesampaian
sudah puas aku meminta
ku bertemu seorang tua
ceritaku kepadanya
aku amat susah hati
disebabkan oleh doaku
Pak Tua itu tersenyum
bagaikan punya jawapan bagi persoalanku
ada sinar bagiku nampaknya
mungkin Pak Tua ini akan membantuku
dalam memberikan nasihatnya
untuk aku meloloskan diri
dari pertanyaan Doaku itu
Ceritanya mengenai Ibrahim Adham
seorang alim suatu masa lalu
ditanya oleh orang kelilingnya
mengapa doa mereka tak dimakbulkan
Berkatalah beliau
Pertama, Kamu mengetahui Allah
Kedua, Kamu membaca Quran
Ketiga, Kamu mengetahui syaitan sebagai musuh
Keempat, Kamu mengaku Umat Muhammad saw
Kelima, Kamu mahukan syurga
Keenam, Kamu tidak mahu neraka
Ketujuh, Kamu percayakan kematian
Kelapan, Kamu sentiasa meneliti aib rakan2
Kesembilan Kamu telah merasai nikmat Allah
dan Sepuluh, Kamu telah menguburkan mayat rakan2
kesemua sepuluh perkara ini menjadi persoalan
kepada orang di sekeliling beliau
mengapa ini ada kaitan dengan doa mereka
Diingatkan oleh Ibrahim Adham
Pertama, Kamu belum tunaikan hak Allah
Kedua, Kamu tidak laksanakan tuntutannya
Ketiga, Kamu masih menuruti syaitan
Keempat, Kamu tidak mengerjakan sunnah Rasulullah
Kelima, Kamu tidak beramal ke arahnya
Keenam, Kamu memasukkan diri ke dalamnya
Ketujuh, Kamu tidak bersiap sedia
Kelapan, Kamu tidak pernah melihat aib sendiri
Kesembilan, Kamu tidak mahu bersyukur
dan Sepuluh, Kamu tidak mengambil pengajarannya
Begitulah jawapannya kepada persoalanku
terima kasihku kepada Pak Tua
perluku lihat semula amal harianku
adakah ada yang kekurangan
akibat kealpaanku ini
Ku berdoa sekali lagi
Moga dikabuli olehMu
kupohon agar aku dapat melaksanakan
Sepuluh yang mungkin aku leka...
"Ulama' dan Penguasa" - Abdul Aziz Ismail
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment