Friday, October 31, 2008

Peninggalan

Sang rimau mati meninggalkan belangnya
manusia mati meninggalkan namanya...

memang ada mungkin benarnya pepatah orang tua
lihatlah sejarah yang telah membuktikan
bukan di Tanah Melayu ini sahaja
bahkan di melata bumi indah ini
antaranya

Iskandar Zulkarnain,
pemilik eropah hingga ke benua asia;
Socrates,
ahli fikir di zaman Greek;
Ghandi, Abraham Lincoln, Mandela,
negarawan terbilang;
dan yang teragung dan teristimewa,
Muhammad Rasulullah

yang membawa Nur kepada sekian manusia.

hingga ke hari ini nama mereka
tak lupa dari bisikan manusia
kerna jasa mereka yang terukir
di rantaian zaman berzaman

mereka tinggalkan kesan pada hati manusia
yang mampu diturunkan kepada warisan
tanpa mereka dikenali orang seusia
walau beribu tahun lamanya

mereka tidak diminta untuk diingati
tapi itu ikhlas dari hati
untuk menabur jasa dan bakti
kepada manusia sejagat di sekeliling mereka
tanpa dipedulikan kesusahan dan kepayahan dan keperitan
yang berliku
ditempohi biar diri disakiti

itulah mereka Insan Mulia
jiwa mereka sungguh bersih dan murni
kelak warisan insan menikmati
begitu indahnya bumi Tuhan ini...

Terima kasih mampu diucapkan
jika kita jua terus berjuang untuk apa yang mereka perjuangkan...

LAKSAM

No comments: