Sunday, August 10, 2008

Bersih

Bersih
apa ertinya kepada kita
adakah ianya berkaitan dengan kesucian
sejauh mana kita mengambil berat
akan keadaan kita mengenai kebersihan
sama ada diri, pakaian, rumah, tempat kerja
dan juga di sekeliling kita

topik ini telah lama bermain di benak fikiran
kita diajar untuk senantiasa menjaga kebersihan
mulakan diri dengan menggosok gigi dan mandi
agar sihat tubuh badan
memakai pakaian yang bersih dan cantik
di sekolah diajar jangan membuang sampah merata-rata
dan juga terpampang di merata tempat

tapi apa sudah jadi dengan pengajaran ini
bolehkah dikatakan manusia ini tidak bersivik
membuang sampah tidak mengenal tempat
padanya apa aku peduli
akan ada yang dibayar gaji
untuk membuangkannya
jika tidak buat apa digaji orang sebegini
biarkan mereka ada kerja untuk dilakukan

lupakah kita bahawa yang
Kebersihan itu juga Separuh Dari Iman
manakan tidak kita dianjurkan berwuduk
sebelum menyembah Yang Maha Esa
tanpa wuduk tiadalah solat
begitulah pentingnya kebersihan itu

bahkan dalam kebanyakan kitab
dimulakan dengan thoharoh (bersuci)
jenis air, kekotoran, berwuduk, mandi, tayammum
kemudian barulah diajar mengenai ibadat
sungguh indah Islam itu

ini baru dari segi jasmani...


LAKSAM

No comments: