Dalam kehidupan ini, kita akan melaluinya dengan penuh pancaroba. Sentiasa sahaja kita akan hadapi pelbagai dugaan dan cabaran yang tidak mungkin diketahui dari mana datang arahnya. Ibarat bahtera di lautan luas yang tidak tahu bila mana ombak sama ada kecil atau besar menampar dindingnya. Nakhodanya lah yang bakal menentukan bagaimana perlu dilalui cabaran ombak itu.
Hidup ini perlu dengan cabaran itu kerana tanpanya kita akan sentiasa menjadi alpa dan tidak ingin maju kehadapan. Tanpanya kita akan lemah seribu tulang dan kelak tidak mampu untuk menampung amanah menjaga bumi indah ini.
Kitalah yang mewarnakan kehidupan kita, sama ada cerah, gelap, berwarna-warni dan sebagainya... Hanya setiap insan itu yang berhak menentukan Kehidupannya. Kita serba tahu bahawa hidup ini bukan sesuatu yang sebegitu mudah laksana mendirikan sebuah rumah. Kita perlu memahami banyak perkara agar kita berjaya melaluinya.
Ia bukan mudah, tetapi kita akan mampu untuk menanganinya dengan hati yang waja dan punyai ilmu yang cukup bagi menghadapi Kehidupan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment