Bismillahir Rahmanir Rahim
Allahumma Solliala Muhammad
Salam,
Ahmad duduk termenung di serambi rumahnya
termenung jauh dia untuk beberapa ketika
sambil dirinya tak tersedar hari sudah lewat malam
dirinya tertanya peristiwa di siang hari tadi
sedang dia berjalan-jalan di pekan daerahnya
dia melihat seorang wanita bersama anaknya
sedang menadah tangan meminta
barang siapa yang mahu memberi
sama ada wang tembaga mahupun kertas
dia terus berjalan lagi
bertemu pula dia dengan seorang lelaki
yang bercakap-cakap berseorangan
dengan pakaiannya yang compang-camping
tidak terurus lelaki ini
tiba-tiba Ahmad disergah oleh lelaki itu
terkejut dia, lalu melangkah seribu
meninggalkan lelaki itu keseorangan lagi
berhenti sebentar Ahmad
di sebuah kedai kopi
sambil dia menikmati kopi panas
dengan roti panas
aduh sedap benar
terlihat Ahmad seorang lelaki
yang kudung kakinya
meminta dari meja ke meja
belas ehsan manusia
untuk memberikan bantuan
wang barang sedikit
bagi menampung perbelanjaan
membeli kaki palsunya
Azan berkumandang menandakan waktu dhuhur
lantas Ahmad membayar makanannya
lalu terus menuju ke Masjid yang tidak jauh dari situ
besar kepalang masjidnya tapi sayang tidak penuh walaupun sesaf
benar, manusia itu asal perkataannya dari kata arab - NASIYA
maknanya lupa, siapa yang lebih perlu diutamakan
dunia yang fana atau akhirat yang kekal abadi
bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment