Allahumma Solliala Muhammad
Dear to all my Sahabat...
aku bukan mudah memiliki seorang Sahabat
kerna bukan mudah jua untuk mencari seorang Sahabat
apa ertinya memiliki seorang Sahabat

apa maknanya seorang Sahabat
manakan kucari dia yang bernama Sahabat
adakah adanya seorang Sahabat
wujudkah di dunia kini seorang Sahabat
kan kucari di tanah ini Sahabat
ku ingini Sahabat
sepertimana Muhammad dan Abu Bakar
sepertimana Musa dan Khidir
sepertimana Idris dan Izrail

Sahabat
mengingatiku senantiasa akan yang Satu
memesaniku apa yang makruh
menegahku apa yang munkar
menunjukkanku ke jalan yang lurus
Sahabat
temanku sepanjang waktu
bukan di belakang
bukan di depan
tapi senantiasa di sisiku...
terima kasih semua Sahabatku
kerana kamu aku bahgia dan selesa
kerana kamu aku berjaya tangani segalanya
Aku insan yang kerdil, punya Sahabat-Sahabat yang mulia...
terima kasih kerana memilihku menjadi sebahagian dari hidup kamu semua Sahabatku
kelak ku ingin berjiran menyambungi perSahabatan kita di sana nanti
wassalam
LAKSAM
2 comments:
Tersentuh jiwa Ana setelah membaca artikel ni; lbh2 lg di ayat Perenggan ke-7 'Sahabat sepertimana Nabi Muhammad S.A.W dan Abu Bakar'. Semoga persahabatan kita semua tetap utuh dan berkekalan - Amin
Moga persahabatan kita semua hingga berjiran di syurga sana ya...Amin
Post a Comment