Tuesday, September 16, 2008
Ayah dan Anak
Ingin saya petik sebuah cerita
di mana suatu hari Ayahanda Imam Abu Hanifa
ditanya oleh seorang rakan
kerna dek terlihat oleh beliau
akan akhlaq Imam Abu Hanifa
yang sebegitu baik rupa
Wahai Ayah Abu Hanifa
bagaimana engkau didik akan anakmu
sehingga sekian rupa akhlaq dan ilmunya
Ayah Abu Hanifa berkata
bahawa Abu Hanifa telah dididik
bukan sejak beliau lahir
akan tapi 40 tahun sebelum beliau lahir
telah dididik sedemikian rupa
dari pemahaman saya
dari kisah ini
maknanya untuk mendidik anak
dahulukan diri dulu supaya terdidik
agar diri menjadi insan yang baik
yang kemudiannya
apa dikatakan oleh orang tua kita
kemana tumpahnya kuah
kalau tak ke nasi jua akhirnya
begitulah semua
peel anak akan menurut peel ayahnya
oleh itu, jika kita hendakkan yang terbaik
untuk warisan kita
perlulah kita perbaiki diri kita
yang baik dituruti yang baik
yang cela dituruti yang cela
moga Tuhan tunjukkan kita
menuju jalan yang benar dan lurus
berpandukan Quran dan Sunnah RasulNya...Amin
LAKSAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Satu nasihat yg sungguh berguna ...
zaman skang ni kita sll menyalahkan anak kita dan org lain jika berlaku sesuatu perkara. Tetapi sbnarnya kita jarang menilai diri kita sendiri.
Post a Comment