Friday, September 5, 2008

Yang Penting Bukan Cawan

Selepas lama tidak bertemu, sekumpulan sahabat berkumpul semula untuk bertanya khabar masing-masing dan bercerita tentang kisah-kisah lama. Selepas itu kumpulan sahabat tersebut berkunjung pula ke rumah guru kesayangan mereka yang kini sudah pun berusia.

Mereka bercerita kepada guru tua itu tentang kehidupan masing-masing, keluarga, rumah, kerjaya dan segala tekanan hidup yang amat membebankan. Walaupun hidup di kota besar dan berjaya dalam karier, kumpulan sahabat itu mengeluh dengan kehidupan yang sedang dilalui.

Mereka tanpa berselindung menceritakan tentang tertekannya dengan karenah anak-anak, rakan sekerja, jiran yang pentingkan diri sendiri, kesesakan lalu lintas, kerugian syarikat, pengurus yang lembab dan gila kuasa, skandal dan pelbagai lagi. Cerita mereka lebih kurang serupa sahaja.

Guru tua hanya tersenyum. Dia berjalan ke dapur, dan kemudian kembali dengan membawa sejag air serta pelbagai bentuk cawan. Ada juga yang diperbuat daripada kaca, ada juga daripada tembikar dan plastik. Cawan-cawan itu ada yang bertangkai, bulat, berukir, berwarna hijau, kuning dan beraneka bentuk lagi.

Guru tua menyuruh bekas-bekas pelajarnya untuk memilih cawan yang disukai. Apabila semuanya mengambil cawan masing-masing yang telah berisi air, guru tua itu pun berkata, "Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal menjadi pilihan kalian, sedangkan yang tidak cantik dan murah ditinggalkan".

"Begitulah hidup ini. Kita hanya memilih yang tercantik menurut pandangan mata, sedangkan itulah yang menjadi punca masalah dan tekanan dalam hidup kita. Apa yang kamu semua perlukan hanyalah air, bukan cawan, tapi secara tidak sedar kamu memilih cawan yang cantik sahaja," kata guru tua.

Si guru menambah, kehidupan ini juga ibarat air sedangkan kerja, wang ringgit serta pangkat umpama cawan yang beraneka bentuk dan warna. Kalau kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak akan ada masa untuk menghargai dan menikmati air itu.

Shared by: msry_bee05

2 comments:

Anonymous said...

Betul ... Yg panting bukan cawan shj..mesti ada sekali piring, sudu teh, garpu, pinggan mangkuk, jug dan juga gelas abang kepada cawan. Jenis air juga memainkan peranan .. Air sirap x sesuai utk cawan cuma air berkategori panas shj. Air suam sedikit sesuai .. Begitulah kehidupan...Msti ada kesesuaian antara satu sama lain dan alatan @ komponen lain juga penting utk saling melengkapi antara satu sama lain

Anonymous said...

"Mauuu Secawan...".....