Thursday, July 31, 2008

Aku terlupa di kelilingku ini

Sungguh mewah diriku ini
pabila mana aku punyai
hampir pelbagai kebendaaan dunia
diriku ini kukira cukup bahgia
Aku terlupa di kelilingku ini

Tatkala aku punyai kemampuan
untuk memiliki harta bergunung
yang sebegitu banyaknya
Aku terlupa di kelilingku ini

Rumah, Pakaian dan Makanan
asas sebuah kehidupan
aku bukan hanya punyai ketiga ini
tapi aku punyai lebihan darinya
aku empunya kemewahan ini
bukan takat kemewahan yang kecil

Rumahku kira besar
bahkan cukup teguh dari setiap
cuaca panas dan hujan
ditambah pula dengan
hiasan pelbagai harta

Pakaianku pula cantik
berwarna-warni dan lembut fabriknya
dan cukup kemas tenunan
punyai pula kepelbagaian fesyen

Perutku pula kenyang
santapanku sentiasa rakus
dengan pelbagai jenis makanan
hingga tak mungkin kuhabis dibuatnya
sentiasa ku bertanya
apa yang aku inginkan hari ini
bukannya apa yang mungkin ada

Aku terlupa di kelilingku

begitu ramai yang hidup
dalam kesusahan dan kepayahan
tidak cukup dengan asas kehidupan
Mana rumah,
mana pakaian dan
mana makanan

kukira mereka hanya sedikit
tanpa kuketahui
mereka ini di dunia kini
1 bilion hidup dengan tiga ringgit sehari
2 bilion hidup dengan enam ringgit sehari

Aku terlupa di kelilingku ini
kerna aku terlena dalam
kemewahan material duniawi

Mungkin aku seorang yang mementing diri...

LAKSAM

2 comments:

Anonymous said...

biar baju buruk dibadan, asal diri tahu berbudi

Anonymous said...

Sebuah karya yg cukup utk menyedarkan kita semua .... Kita semua bkn sempurna ... Tetapi dalam ketidaksempurnaan itu akan terpancar satu keistimewaan sekiranya ada keihlasan dan rasa bersyukur dengan apa yg kita ada