Monday, July 7, 2008

Hari Pertamaku d Korea

Salam semua sahabat...

hari ini mungkin berbeza sedikit dari biasa
hari ini aku telah terbang ke negara orang
negara yang mempunyai budaya dan adat yang lain
kita biasa dengan orang Cina tapi ini bukan
mereka bergelar orang Korea

hari ini akan kuceritakan
sedikit pengalaman di hari pertamaku
di negara yang berbukit-bukau
tempat tidurku juga di atas kawasan bukit
mudah untuk kumelihat hampir seluruh bandar Seoul
ibu negara Korea

wahai sahabat
hari ini kunampak di Seoul ini
tidak lah jauh berbeza dengan kotaraya Kuala Lumpur
sama sahaja tidak jauh kita terbelakang

wahai sahabat
hari ini kudapati bandar Seoul ini
mungkin dari segi teknologi dan kerajinan
rakyatnya agak kehadapan sedikit
teknologi mereka maju selangkah dari kita
kerajinan mereka boleh kukatakan berdasarkan
gerak-geri mereka

namun ini baru hari pertamaku
mungkin tidak adil bagiku untuk bercerita
dan juga memberikan pandangan
dengan sedemikian rupa
aku masih perlu pengalaman yang lebih

satu lagi ingin kutambah sebelum ku tutup
bahasa amat penting sahabatku
aku amat payah untuk berkata-kata
mengata itu lebih mudah (sambil diriku tertawa)
mereka bangga dengan bahasa Korea, bahasa mereka

itu kerna bahasa Inggeris
mungkin bahasa nombor satu dunia
tidak digunakan dengan luas disini
aku amat payah dibuatnya
namun ada juga yang boleh, bukan semua
aku juga bertuah kerna punyai rakan
terima kasih rakanku yang telah membantu

akhir kata...aku akan ada pengalaman baru lagi esok hari...
wassalam

LAKSAM

9 comments:

Anonymous said...

Sungguh seronok mmbaca coretan laksam mengenai suasana di korea..bila la plak aku nak kesana? Dlm mimpi aje la...

p/s :Eheem..eheem jgn lupa..

Anonymous said...

ye la kan lufiays_irezas bila la kita nk ke korea ni mungkinkah di dalam mimpi malam ini??

LAKSAM said...

I pray to d Lord that may u all have the chances to visit beautiful places around d world...Amin

Anonymous said...

Tq laksam... ats doamu .... Tp smalam tak mimpi korae pun... mimpi hantu ader la... apa maksunya tu Laksam.. @Dr.Kronik mimpi apa plak.. he..he brooch ker

Anonymous said...

kalau x de peluang nk gi korea jgn risau..korea alamanda kan ada...
he he..

Anonymous said...

puteraiman kat mana ade korea alamanda? kat pokok buluh ke?

Anonymous said...

Ye la @drkronik..kat pokok buluh tu la..kan suasana mcm korea...

Anonymous said...

Masalahnya puteraiman ... kat situ pokok buluh jer mcm kat korea, habis salji, beruang panda, beruang kutub, koala, kimici, kerang korea .. etc.. takder
x kira kena g jugak nanti ..

Anonymous said...

ye betoi tu..nanti kita gi ramei2..
nak bwk balik Song Hae Gyo bertudung..