Wednesday, July 16, 2008
LELAKI ITU...
Lelaki itu...
Lelaki itu...
Lelaki itu...
...dan lelaki itu.
Tajam cengkamannya...
Lisannya ' Kaku '…
Lantas terpaku segala seru
Akur pada setiap detik dan waktu.
Lelaki itu..........
... dan lelaki itu
Megah dirinya
Besi jiwanya
Keras katanya
... Kau kemari... dia ke sana.
Lelaki itu...
... dan lelaki itu
Menjejak puncak jaya
Memijak pada yang alpa
Mengatur arah menjadi juara.
Lelaki itu...
... dan Lelaki itu adalah …….
Siapa Lelaki itu......
Lelaki itu adalah ‘Aku’ yang tak tahu …..
Apa yang aku lakukan pada ‘waktu itu’ …..
Lelaki itu …………………………
By Lufiays_irezas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Lelaki itu.. hehe.. Wanita ini... :-p
Wanita ini
Mencari kebijaksanaan
Mencari kesabaran dan kemaafan
Dalam diri lelaki itu
Untuk mengenggam kebahagiaan
Menuju jalan diredhai Tuhan
Wanita ini
Terlalu lemah
Telah kalah
Dalam hidup lalu yang salah
Mengharap lelaki itu
Membimbingnya dengan segedung ilmu
Menumbang kesalahan perlahan - lahan
Memudarkan waktu silam yang kelam
Wanita ini...
Jgn mudah wanita ini kalah
Jadilah Khadijah
Jadilah Aisyah
Jadilah Fatimah
Jadilah Maryam
Jadilah Sumayyah
Jadilah Siti Hajar
Jadilah Hawa
Tidak terduga kepalangnya dugaan yang telah wanita ini lalui...
Tidak ternilai kesusahan wanita ini tempohi...
Tidak terjangkau keperitan dan kepayahan wanita ini hadapi...
Kepada Dialah mereka bermunajat...
Memohon diberikan kelapangan dan kekuatan menghadapi dugaan
Dialah SegalaNya Maha Pengasih dan Penyayang kepada HambaNya yang memohon kepadaNya...
Wanita ini akan berjaya akhirnya...Amin
Wanita ini
Tidak boleh dibandingkan dengan wanita- wanita Islam teragung
Seperti Khadijah
Seperti Aisyah
Seperti Fatimah
Seperti Maryam
Seperti Sumayyah
Seperti Siti Hajar
Seperti Hawa
Kerana wanita ini hanyalah seorang insan yang sudah tercalar imannya
Diwaktu susah mahupun senang
Persekitaran moden telah menguasai ramai wanita seperti wanita ini
Hingga mereka alpa siapa diri mereka sendiri
Namun kini
Wanita ini mencari cahaya Ilahi
Melalui seorang lelaki
Bernama suami
Untuk dibimbingi
Supaya diredhai Allah sehingga ke syurga abadi
Mungkin Wanita ini
Boleh tatapi
Kisah Rabiatul Adawiyah
Yang kembali ke JalanNYa
Dengan Rahmah Ilahi
Apa yang pasti
Semoga diperkenankan
Dapat apa yang dihajati
Supaya Diredhai Allah sehingga ke syurga abadi...Amin
Mak Aiiih ... berbalas2 kata2 Puitis ... antara Wanita ini dan Laksam Itu ... Bro ... kena komen "Lelaki Itu" Bukan Wanita Ini..@ anonymous ini..
p/s : mcm ku kenal jerk kata2 anonymous ini... ke ada apa2 ngan Laksam itu..
Wanita ini...
Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga?
Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
Selamat dtg buat zzz_888; terima kasih ats hadis itu .. amat bernilai.
Post a Comment