Saturday, July 5, 2008

Manusia Hari Ini

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah..
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah..
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa..
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya..
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya ..

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan secara rahsia supaya tidak
seorang pun yang mengetahuinya kerana nasihat yang disampaikan
di hadapan khalayak ramai itu bukanlah teguran atau nasihat melainkan
suatu kecemaran yang memalukan

Semoga menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan
bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia... .

LUFIAYS IREZAS

5 comments:

Anonymous said...

betul ke lufiays_iresaz yg buat? ke laksam??? tertukar daaa

LAKSAM said...

lufiays_irezas yg empunya nukilan ini..indah bukan

Anonymous said...

Semua kata2..yg tertera didunia ini... bknya dtg dari kita tapi Ilham yg dipinjamkan oleh Allah S.W.T melalui idea kpd kita utk slg sampai..menyampaikan...dan ingat mengingati.. antara para sahabat..

Anonymous said...

“Sesungguhnya dari retorika bahasa bisa berakibat sihir. Dari ilmu bisa menimbulkan kebodohan. Dan sesungguhnya dari sebait syair banyak mengandung hikmah.” Nabi Muhammad Saw.

Anonymous said...

Saya masih menunggu artikel penuh drp Pinut_Bater... Drp komenya blh dinilai yg dia slh seorang penulis yg hebat...