Wednesday, July 2, 2008

Masa

Masa
pabila kita berbicara tentangnya
ia sesuatu yang amat indah
kerana ia tidak akan menanti sesiapa
yang tidak ikut akan arus

kata si penunggang unta, Masa
bak pedang yang terhunus deras
jikalau tidak kita menghunusnya
kita yang akan terguris dan kaku

Wahai saudaraku sekelian
tidak mungkin kita dapat menghitung
masa yang ada pada kita
berapa yang telah kita gunakan
dengan begitu sebaiknya

Akan kita ditanya di sana nanti
Apa yang telah kita manfaatkan
dengan masa muda
dengan masa tua
mampukah kita berikan jawapannya

Kelak hanya mereka yang memegang
masa fajarnya
masa gelincirnya
masa meganya
masa pantulannya
dan di masa gelitanya
akan berjaya
di alam sementara dan fana ini
dan Selamanya nun di sana nanti, yang kekal abadi

Ayuh wahai saudaraku
kita melangkah bersama Masa

LAKSAM

2 comments:

Anonymous said...

i like it

Anonymous said...

suka btl2 ker...nak bodek laksam ni