Tuesday, July 22, 2008

Pelangi dan Manusia

Hari ini
aku mula penuh dengan warna
pabila datangnya pelangi selepas hujan pagi tadi
ada merah, ada oren, ada kuning, ada hijau
ada biru, ada indigo dan violet

pelangi itu
membawa pelbagai erti kepada manusia
warnanya setiap satu membawa maksud
yang akupun tidak mengerti
tapi aku andaikan sahaja
ada kaitan dengan ragam manusia
ada yang tersenyum, ada yang ketawa, ada yang gembira
ada senyap, ada keliru dan juga yang marah2
dan pelbagai ragam manusia lagi

seperti mana cantiknya pelangi itu
yang menarik perhatian semua
begitu jua dengan manusia

setiap mereka ada sahaja yang berbeza
tiada satu pun yang sama kondisinya
terfikir aku jika semuanya sama sahaja
pasti amat bosan dibuatnya
ibarat robot yang tiada perasaan
yang hanya tahu mengikut seperti diarahkan

begitulah jua kehidupan manusia ini
sungguh indah dengan kepelbagaian
walaupun sukar untuk difahami
setiap satu manusia itu
tapi itulah yang menarik bagiku

walaupun aku mengaji ilmu kemanusiaan
sukar untuk ku tafsirkan setiap
peribadi dan perilaku manusia itu
ku berharap agar mereka ini
semua akan bahgia dengan kehidupan masing2
kerana hidup manusia itu damai dan ceria
seperti pelangi yang cantik itu

LAKSAM

2 comments:

Anonymous said...

Nukilan laksam smakin hari semakin mengasyikkan .. Indah betul cerita ni. Bila plak nak story kat kitaorang.. mengenai Sang Suria dan Bunga Matahari ..

Anonymous said...

"jarang ada nukilan seperti ini. Saya tidak yakin akan ada nukilan seumpama ini daripada penulis muda seperti Laksam..., bukan sahaja ketika ini bahkan pada beberapa puluh tahun di masa hadapan. Begitu menyentuh, begitu dalam dan begitu dewasa...."