Sedar atau tidak
aku mungkin tidak pasti
sama ada ibadatku itu
adakah ianya benar atau tidak
seringkali
aku nyatakan
hidup matiku, segala amalku
hanya pada yang Satu
acapkali dilaungkan
tapi adakah aku
sedar atau tidak
Ibadat aku mungkin adalah ADAT
aku hanya ibarat
seorang yang hanya
melakukan perkara rutin
yang menjadi sebahagian
pusingan harian hidupku
dari aku kecil hingga kini
Tuhan
moga aku menjadi
seseorang yang benar2
ingin menjadi hambaMu
moga Engkau tunjukkan jalan
dengan Rahman dan RahimMU
begitu juga ke atas sekalian
saudara dan rakanku jua
moga kami tergolong
dari kalangan yang berjaya
LAKSAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
InsyaAllah semoga ilmu dan amalmu mendapat berkat dan ganjaran dari Allah..
Nurkilan saudara buat saya terpikir. apa yg kita buat sekarang seolah2 satu ikutan nenek moyang kita. kita dah diajar sembahyang dan buat ibadah lain sejak kecil lagi. adakan kita pernah pikir kenapa kita buat semua tu dan adakah kita tul2 paham apa yg kita buat 2? jika kita lihat pada hadits nabi yg terulung ada menyatakan telah ku tinggalkan kepada mu 2 perkara, kamu tak kan tersesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya iaitu al-quran dan sunnah rasul...persoalannya adakah kita berpegang teguh kepada kedua-duanya 100%?
Post a Comment